Thursday, February 26, 2009

QIAS Plantation and Nursery

Ladang Aquilaria di Sik,Kedah berusia 8 bulan dengan jarak 6 kaki
Aquilaria Nursery
Benih Aquilaria sub-integra ini berharga rm15.00/poly bag
Nursery Aquilaria di Sik,Kedah
Barisan anak benih aquilaria untuk di jual

Changlun,Kedah
QIAS Site Location-From Satelite
Plantation view

Agarwood Piece-ready to sell
Teras Gaharu bermutu tinggi...nilainya ribuan ringgit
6 months tree
our site at Morib,Selangor

Wednesday, February 25, 2009

Pembangunan Perniagaan Qias Aquilaria-QIAS


Slide 6
l

Misi QIAS AQUILARIA :-

Berfungsi sebagai satu rangkaian utama untuk perkembangan Industri Gaharu di Malaysia, di mana kami berusaha untuk memastikan bahawa perusahaan penanaman dan perladangan pokok Gaharu dijalankan secara sistematik dan seterusnya menyumbangkan faedah yang tinggi kepada ekonomi tempatan dan negara.

QIAS AQUILARIA sebuah organisasi yang mempunyai kredibiliti dan kemahiran dalam bidang pembekalan anak pokok Gaharu jenis Aquilaria Subintegra dari Cambodia dan pengurusan pokok gaharu dalam sistem perladangan. Kami sedang berkembang pesat ke arah sebuah Organisasi yang mempunyai jaringan yang luas di peringkat nasional dan Asia Barat serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengembangkan kaedah penanaman Gaharu dengan menggunakan Innovasi dan teknologi berasaskan maklumat Bioteknologi yang terkini.


Matlamat utama QIAS dalam aktiviti Pembangunan Perniagaan :

:1:Meningkatkan taraf ekonomi petani/peserta.

:2:Meningkatkan kesedaran dan memelihara pokok gaharu yang semakin pupus.

:3:Mempromosikan "skim Usahawan Tani"Kementerian Pertanian Malaysia.


Wawasan QIAS AQUILARIA :-

Menaikkan taraf kesedaran tentang Gaharu sebagai komoditi yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi dan meningkatkan taraf perdagangan Gaharu di Malaysia sambil memajukan industri Gaharu bagi memenuhi permintaan tinggi di peringkat global

Memandangkan permintaan terhadap Gaharu yang berkualiti tinggi sentiasa melebihi pasaran,QIAS AQUILARIA berazam untuk meningkatkan perdagangan gaharu yang kondusif, melalui penghasilan anak pokok gaharu yang berkualiti tinggi, pengurusan perladangan gaharu yang bersistematik dan kaedah penghasilan teras gaharu dengan menggunakan teknik moden.


Prospek Pelaburan

Gaharu mempunyai prospek yang tinggi dalam nilai ekonomi negara dan antarabangsa. Melalui kepakaran kami dalam bidang penanaman gaharu yang sistematik secara perladangan, para usahawan akan dapat menuai hasil teras gaharu "Emas Hitam" dalam masa 5-7 tahun! Pada permulaannya, apa yang anda perlukan adalah menanam 1000 pokok Gaharu jenis Aquilaria Subintegra di tanah yang berukuran seluas 1 ekar.

" Emas beraroma daripada hutan "

Tiada bau-bauan aroma lain yang dapat menandingi kehebatan bau damar gaharu yang wangi dan menyenangkan. Selain untuk upacara keagamaan, Gaharu juga mempunyai banyak kegunaan lain seperti perabot khas yang diukir, aromatherapi dan bahan mandian Spa, minyak wangi bermutu tinggi, minyak urut berasaskan gaharu, colok dan dijadikan bahan-bahan yang mempunyai nilai perubatan (seperti salap) dan upacara keagamaan (seperti tasbih).

Damar (Resin) Gaharu di hutan semulajadi hanya terhasil pada pokok yang dijangkiti fungus. Amalan penebangan secara berleluasa telah menyebabkan tumbuhan pokok Aquilaria semakin berkurangan dan diancam oleh kepupusan.

Perdagangan Gaharu di peringkat antarabangsa telah mencatatkan jumlah dagangan sebanyak RM19.84billion setahun!

Setakat ini, kadar pengeluaran damar Gaharu sedunia hanya memenuhi 35 peratus permintaan sedunia, ini telah menimbulkan peluang ekonomi yang besar kepada negara terkemuka yang menjadikan Gaharu sebagai bahan eksport seperti Malaysia dan negara Asean yang lain seperti Indonesia, Thailand, Laos dan Vietnam. Dengan hanya mengeksport kayu Gaharu sejumlah 200,000kg setahun kepada Timur Tengah, India, Singapura, Taiwan, France dan Jepun, Malaysia telah mendapat pulangan ekonomi yang bernilai sebanyak RM3 billion.

Perlu diingatkan di sini bahawa Damar Gaharu yang bermutu tinggi boleh mencapai nilai dagangan sehinggaUSD2000 / kg.

Sementara itu, minyak gaharu yang berkualiti tinggi memberikan kadar pasaran sebanyak RM25,000 untuk 1 liter, dan telah menyumbangkan sebanyak RM4 juta kepada ekonomi di Malaysia. Menurut Malaysian Timber Industry Board, sejumlah besar daripada minyak Gaharu buatan Malaysia iaitu sebanyak 170 liter telah di eksport ke Emiriah Arab Bersatu ( UAE).

Walau bagaimanapun, harga minyak gaharu yang bermutu tinggi boleh mencecah nilai sebanyak USD50,000 hingga USD80,000.Telah dianggarkan bahawa sebanyak 100 kg sehingga 150 kg damar Gaharu diperlukan untuk menghasilkan 1 liter minyak Gaharu yang bermutu tinggi.

Seluas 700ha tanah telah diusahakan dengan penanaman Gaharu di seluruh Malaysia oleh Jabatan Perhutanan Malaysia dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk tujuan kajian dan penyelidikan, dan juga pihak persendirian untuk tujuan eksport.

Pokok Gaharu yang berumur lima hingga tujuh tahun akan melalui proses innokulasi untuk menghasilkan damar gaharu. Proses innokulasi ini mengambil masa selama 8 bulan hingga setahun untuk menghasilkan teras Gaharu yang bermutu tinggi.

Sejarah

Gaharu, telah menjadi sebahagian daripada perkara penting dalam Pelbagai upacara keagamaan.

Cabaran

Setiap Gaharu mempunyai identiti yang unik dan tersendiri. Oleh itu, cabaran utama dalam memastikan pertanian Gaharu secara perladangan sistematik untuk Pelaburan Komersil adalah untuk menghasilkan Gaharu yang berkualiti tinggi dan grade Gaharu yang bersesuaian dan dikehendaki mengikut jumlah yang menepati sasaran.

Perkembangan semasa

Pertanian Gaharu secara perladangan telah terbukti amat berjaya dan berkesan di India, Laos, Vietnam dan Thailand. Ini telah menimbulkan inspirasi dan minat pihak pemilik tanah persendirian di Malaysia untuk mengembangkan pengusahaan pertanian Gaharu secara perladangan yang bersistematik. Seluas 2400ha tanah di Sabah,1400ha di Kelantan dan 800ha di Selangor telah dikenalpasti dan dirancang untuk pertanian Gaharu.

Aquilaria

  • Pokok spesies Aquilaria mempunyai anatomi yang luar biasa dan kandungan sel tumbuhan yang khusus di dalam Xylem yang bertindak untuk menghasilkan " Damar " (Resin).
  • " Damar " yang terhasil secara mendadak dan dramatik akan menigkatkan berat dan ketumpatan kayu Gaharu yang terlibat.
  • " Damar " mengandungi terpenes aromatic dan spesifikasi kimia lain yang menyumbangkan kepada bau aroma Gaharu yang unik.

  • Kandungan yang terdapat dalam gaharu merupakan komponen-komponen yang terdiri daripada sesquiterpenes, sesquiter-pene alkohol, kompaun oxygeneted dan chromone. Selain itu, ia juga terdiri daripada komponen-komponen agarospiral, jinkohol-eramol, jinkool yang menghasilkan aroma/bau-bauan yang sangat wangi tanpa tambahan alkohol.

  • Daripada 18 spesies keluarga thymelaeaceae taxonomy, hanya 8 spesies sahaja yang telah dikenalpasti menghasilkan " Damar " (Resin) iaitu agar, gaharu.
  • Damar yang berkualiti tinggi terhasil daripada tindakbalas semulajadi pokok terhadap serangan fungi. Pembentukan " Damar " berlaku di teras dan akar pokok Aquilaria. Warna kayu yang menghasilkan Gaharu akan berubah daripada warna coklat pudar kepada warna coklat dan/atau hitam yang gelap.
  • Pokok Aquilaria menghasilkan kadar " Damar " yang tinggi di kawasan tanah yang mengandungi komposisi organik yang mudah meruap dimana komposisi tanah itu membantu dalam menumpaskan dan/atau melambatkan pertumbuhan fungus.
  • Kaedah pertanian moden melibatkan rawatan mekanikal dan teknik peransang damar. Kaedah ini terbukti dapat menghasilkan jumlah " Damar " yang banyak terhadap pokok Gaharu yang masih muda.

Rawatan Mekanikal

  • Kaedah rawatan mekanikal melalui proses penebukan lubang secara bersistematik adalah bertujuan untuk "mencederakan" pokok Aquilaria, Pada masa yang sama rawatan yang khas diberikan kepada pokok Aquilaria untuk meningkatkan keupayaan tindak balas semulajadi pokok bagi menghasilkan " Damar Gaharu ".

Teknik Peransang Damar

  • Di dalam hutan semulajadi di Malaysia, hanya 7% pokok Gaharu yang dijangkiti Fungus ( endotrophic mycorrhizal fungi )menghasilkan damar.
  • Di dalam kaedah pertanian Gaharu secara moden, selepas berumur 5 tahun, pokok Aquilaria akan melalui proses teknik peransang damar dimana serum ERIBS yang disuntik kepada pokok Gaharu akan menghasilkan enzim sel yang bertindak untuk memecahkan sel-sel yang berada di kawasan sel Xylem pokok. Tujuan teknik peransang damar ini adalah untuk menaikkan kadar pertahanan semulajadi pokok Gaharu terhadap ancaman serangan luar sambil menghasilkan damar.
  • Kawasan pertanian Gaharu mestilah mempunyai kadar kelembapan yang tinggi supaya proses peransang damar boleh berjalan dengan lancar.


Sistem Gred Gaharu

Di dalam bancian "Persidangan Gaharu Sedunia" yang julung kali diadakan di Vietnam pada tahun 2004,Terdapat 16 spesies Gaharu yang telah dikenalpasti mempunyai nilai komersil yang tinggi. Berikut adalah senarai gaharu mengikut sistem grade yang telah dipersetujui dalam persidangan gaharu tersebut.

  1. Aquilaria Subintegra - Thailand
  2. Aquilaria Crassna - Thailand, Cambodia
  3. Aquilaria Malacensis - Thailand,Malaysia,India
  4. Aquilaria Apiculata - Philippines
  5. Aquilaria Baillonil - Thailand, Cambodia
  6. Aquilaria Baneonsis - Vietnam
  7. Aquilaria Beccarian - Indonesia
  8. Aquilaria Brachyantha - Malaysia
  9. Aquilaria Cumingiana - Indonesia, Malaysia
  10. Aquilaria Filaria - Papua New Guinea, China
  11. Aquilaria Grandiflora - China
  12. Aquilaria Hilata - Indonesia, Malaysia
  13. Aquilaria Khasiana - India
  14. Aquilaria Microcapa - Indonesia, Malaysia
  15. Aquilaria Rostrata - Malaysia
  16. Aquilaria Sinensis - China

Aquilaria Subintegra telah dikenalpasti sebagai satu-satunya spesis gaharu yang menghasilkan damar Gaharu yang berkualiti tinggi. Pokok Gaharu jenis Aquilaria Subintegra telah dikenalpasti menghasilkan Super Grade agar resin, hasil minyak yang banyak dan bau wangi yang menyenangkan.

Damar yang dihasilkan oleh pokok Gaharu kini digredkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan gred Super A, A, B, C serta D, dan harga Super A dijual antara RM15,000 dan RM20,000 sekilogram di pasaran antarabangsa.

Pembangunan Perniagaan Gaharu

Pokok Gaharu dapat diusahakan melalui proses-proses berikut.
  • Skala Kecil = Penanaman secara kecil-kecilan dan pengintegrasian terhadap keluasan tanah yang kecil / kebun kecil / Tanah milik persendirian yang diusahakan oleh peserta dan petani.
  • Skala Besar/Komersil = Agensi kerajaan, Syarikat Swasta / Usahasama dengan QIAS.

  • Dibawah program Pembangunan Perniagaan Gaharu, QIAS akan membekalkan anak pokok Gaharu jenis Aquilaria Subintegra dan baja Bio-Organic ,selepas itu kami akan melakukan teknik suntik peransang damar terhadap pokok gaharu yang berusia 4-5 tahun.

* tertakluk pada terma dan syarat.

Pengurusan Penanaman Gaharu

Kaedah teknik pertanian Gaharu yang boleh dipraktikkan seperti;

  • Integrasi dengan tanaman herba seperti serai wangi dan misai kucing.
  • Pokok Gaharu boleh ditanam melalui Program penanaman semula pokok atau penanaman bertempat di Hutan Simpan tanpa merubah kawasan tanah semulajadi.
  • Proses penanaman pokok Gaharu di dalam sistem hutan tempatan yang terkawal (lereng bukit yang curam).
  • Menggunakan kaedah yang diguna pakai oleh QIAS, iaitu teknik penanaman Gaharu secara Bioteknologidi mana pokok Gaharu akan melalui proses rawatan mekanikal dan teknik peransang damar secara sistematik.
  • Menggunakan kaedah QIAS, iaitu Pengurusan Penanaman Gaharu di mana aspek mutu dalam penilaian, penghasilan dan pen"gred"an Gaharu diberikan perhatian yang khusus..





Tapak Semaian pokok Aquilaria

Demi untuk meningkatkan taraf dan menjamin bekalan benih tanaman Aquilaria dalam kuantiti yang besar dan berkekalan serta benih Gaharu yang berdaya maju dan terjamin mutunya :

  • QIAS menyemai biji benih Aquilaria Subintegra yang bermutu tinggi.
  • QIAS membekalkan anak pokok gaharu jenis Aquilaria Subintegra secara berskala besar.

Pengurusan Pertanian Gaharu

Faktor-faktor yang mempengaruhi mutu Gaharu

  • Plot Tanah : Pokok Gaharu sesuai ditanam di antara kawasan tanah rendah hingga ke kawasan tanah tinggi yang curam pada ketinggian 0-750m dari paras laut.
  • Kadar hujan : Pokok Gaharu berkualiti tinggi terdapat di kawasan tanah yang menerima taburan hujan yang lebih daripada 2000mm setahun.
  • Iklim persekitaran : Pokok Aquilaria yang menghasilkan Gaharu bermutu tinggi tumbuh di kawasan yang mempunyai suhu persekitaran yang rendah dan mempunyai kadar kelembapan yang tinggi, (24ºC -32ºC ) disamping hanya menerima 70% kadar sinaran matahari.
  • Spesifikasi tanah : Pokok Aquilaria menghasilkan Gaharu yang bermutu tinggi apabila ditanam atas tanah jenis lembut, liat dan berpasir dengan PH tanah antara 4 hingga 6.

Teknik pertanian Moden

  1. Rawatan Mekanikalmelalui teknik penebukan lubang secara bersistematik.
  2. Teknik Peransang Damar, dimana Gaharu yang bermutu tinggi terhasil apabila pokok Aquilaria disuntik dengan serum istimewa yang dikenali sebagai Effective Resin Inducement Biotechnology Serum (ERIBS).

Rawatan Mekanikal

Teknik penebukan lubangbersistematik

  • Pokok Aquilaria berusia 5 tahun yang diurus dengan baik boleh membesar dengan ketinggian kira-kira 30 kaki dan mempunyai ukur lilit 25 inci.
  • Secara purata, lebih kurang 500 lubang akan ditebuk dengan menggunakan mesin drill kuasa eletrik pada pokok Aquilaria yang berumur 5 tahun dengan spesifikasi lubang sedalam 5 inci (bergantung kepada diameter pokok) dan jarak pemisahan diantara lubang-lubang adalah 4x4 inci.
  • Setiap lubang akan ditebuk secara condong keatas ( lebih kurang 15 darjah ) dengan bertujuan untuk mengekalkan dan memelihara faktor kelembapan.

Teknik Peransang Damar/Inducement

  • Serum ERIBS akan disuntik kedalam lubang yang ditebuk. Teknik ini akan mempercepatkan sistem pertahanan semulajadi pokok Aquilaria, oleh itu, proses pembentukan damar Gaharu akan berjalan dengan lancar.

  • Kebanyakan pengusaha penanaman Gaharu memilih kaedah Effective Resin Inducement Biotechnology Serum kerana serum ini lebih terbukti dan berkesan jika dibandingkan dengan teknik lain yang berada di pasaran. Ini adalah kerana lebih banyak kuantiti damar Gaharu telah dapat dihasilkan dalam tempoh yang singkat dengan menggunakan kos yang lebih rendah.

  • Di dalam persekitaran hutan semulajadi, hanya pokok Aquilaria yang berusia 20-40 tahun yang dapat menghasilkan damar gaharu kerana tindak balas pokok Aquilaria terhadap kecederaan yang dialami oleh pokok dan tindak balas sistem pertahanan pokok terhadap jangkitan fungus hutan iaitu "forest endotrophic mycorrhizal fungi".

  • Proses pembentukan damar Gaharu akan terhasil dalam masa 8 bulan keatas setelah disuntik dengan Effective Resin Inducement Biotechnology Serum (ERIBS).

  • Case study; Teknik perangsang damar yang dijalankan keatas pokok Aquilaria Subintegra berusia 7 tahun di Thailand telah menghasilkan damar Gaharu bermutu tinggi yang mencapai harga RM20,000 / kg.

Anak pokok Gaharu jenis Aquilaria Subintegra

Slide 1ANALISA HASIL DARI PELABURAN DENGAN QIAS AQUILARIA

Slide 1
Bil
Harga Belian (RM)
Harga Jualan (RM)**
Keuntungan (RM)
1.
5,000
30,000
25,000
2.
10,000
60,000
50,000
3.
15,000
90,000
75,000
4.
20,000
120,000
100,000
5.
25,000
150,000
125,000

Slide 21
PULANGAN KEPADA PELABUR

Pelabur memperolehi keuntungan sehingga 500% pada tahun ke-5, iaitu purata melebihi 100% setahun. Pulangan pelaburan mengikut lot yang dibeli adalah seperti di Jadual
diatas…..


Produk kami

-Anak pokok gaharu jenis Aquilaria Subintegra dengan ketinggian diantara 2 hingga 4 kaki. Hubungi kami untuk mendapatkan sebutharga.

Northern Region : Halim Kasa 0124856696 Abd Hadi 0192582275 Khaiyazi 0194729591 Nan 0124260572 Anuar 0134567555

Kuala Lumpur : Ust.Latif 0194224296 Ust.Omar 0123972030

- Baja BioActive Microbes untuk mempercepatkan pertumbuhan pokok Gaharu.

- Effective Resin Inducement Biotechnology Serum (inoculum untuk menghasilkan Damar Gaharu yang bermutu tinggi).

Perkhidmatan Kami

Qias Aquilaria akan mengadakan seminar Gaharu, antara topik yang akan dibincangkan ialah penanaman pokok Gaharu jenis Aquilaria Subintegra, sistem piawaian gred gaharu dan kaedah untuk mendapatkan hasil Damar Gaharu yang bermutu tinggi kepada peserta yang berdaftar dan menjadi ahli dengan Program Pembangunan Perniagaan QIAS AQUILARIA SDN BHD.

Processing Oud Plant-Water Distillation Method

The odor of oud is sweet and woody, elegant scent, of variant character. Its fragrance depends on various factors, such as the level of oleoresin, the cause of oleoresin production within the wood, and its color. The quality of oud can be determined by its taste – the more quality oud, the taste is bitterer. The quality oud has no difference in color. There are five qualities, tastes, of oud which helps its classification:
Sweet – resembles the scent of honey, or concentrated sugar
Sour – reminds of sourness of plums
Salty – like the lingering smell of seaweeds smoked above the fire
Bitter – smells like bitter herbal tonic
Hot – with smell like red hot chilies burnt on fire

Aquillaria is often used in medical purposes in a way that an extract produced by boiling the wood in water is used as antipyretic, against stomach problems, diuretic, laxative, carminative and tonic. This extract is efficient in treatment of skin diseases, bronchitis, asthma and rheumatism. It is also included in some of the Tibetan formulas and recipes for production of medical incense sticks. In aromatherapy its essential oil is used to treat depression, and for meditation and relaxation. It is also considered to be the most powerful aphrodisiac among the essential oils.
Due to its rarity, high demand, but also the risks that the workers in search for oud in the deep forests are exposed to, oud and its extracts are very costly. Its value is estimated as 1,5 times of the value of gold, and therefore it is also called 'liquid gold'. It can be said that oud oil is the most expensive essential oil in the world.

Product : Agar Wood Oil, Aquilaria Agallocha Oil, Aloe Wood Oil
Description : This oil is produced by water distillation from fungus infected wood
of the tree Aquilaria agallocha.

Technical Data :

1. Appearance : Pale, greenish yellow to brownish yellow or dark amber
viscous liquid and sweet woody balsam sandalwood.
2. Specific Gravity (20°C) : 0.960 – 0.980
3. Refractive Index (20°C) : 1.507 - 1.515
4. Optical Rotation (a)D : (+10°) - (+25°)
5. Acid Number : Max. 9.0
6. Ester Number : 3.0 – 9.0

Storage Condition : Store in full, tight containers in a cool place, protected from light.
Shelf life : 2 (two) years.
Status : Does not contain any foreign matters.
Use : Perfumery.



Traditional and modern processing technologies are applied depending on crops and quality requirements of the market.For distilling essential oil we are using high quality copper for a traditionally designed distilling apparatus.


Aquilaria wood goes through various processing phases including grinding, purification, and extractionPics show a section of one of the biggest distillers in Malaysia. The raw wild agarwood chips mound are to be grind, ferment & distill using hydro steam distillers. This licenced & reputable distiller only extract the oleoraisin from wild agarwood. Production is about min. 4 liters per month of pure good quality greenish & yellowish natural pigment oleoraisin & pure distilled agarwood hydrosol, colloid suspension in water, that contain water soluble agarwood active compounds.

(Herbal distillates are aqueous solutions or colloidal suspensions (hydrosol) of essential oils usually obtained by steam distillation from aromatic plants. These herbal distillates have uses as flavorings, medicine and in skin care. Herbal distillates go by many other names including floral water, hydrosol, hydrolate, herbal water and essential water, Wikipaedia).

Hydro-steam distillation is one several conventional extraction methods. New agarwood extraction technology is supercritical CO2 extraction method which do almost 100% oleoraisin extraction & less than 1% of oleoraisin wastage. The efficiency of extraction duration per batch is about 5 minutes. The active compounds that dilluted & dissolved in hydrosol from the hydro-steam distillation process is still intact in supercritical CO2 extraction process of oleoraisin. Several test done on supercritical CO2 extraction of agarwood oleoraisin shows that this extraction process produce superior quality agarwood oleoraisin, as all the oleoraisin compounds totally extracted. This technology is avialable & developed locally at Kajang Technology Park,Malaysia.







Aquilaria: Chemists move toward production of valuable essential oil

Source: Thanh Nien Daily, Vietnam, 19 November 2007

“The global demand for Aquilaria oil is tremendous with supply at only 40 percent of demand. And every liter of this oil is sold for US$10,000 to $14,000 on the market,” said Ho Ngoc Vinh, director of HCMC-based essential oil provider Tinh Dat Viet.

Tinh Dat Viet is responsible for growing Aquilaria trees artificially. Vinh said the market for essential oil from Aquilaria, a genus of large evergreens native to Southeast Asia, is expanding.

In places like France, Germany, the US and the Middle East, Aquilaria oil, treasured for it fragrance, is used to produce incense and perfumes. The trees, Vinh said, are precious because they can produce an aromatic resin within the heartwood through a parasite infection process. “The amount of resin produced determines the value of an Aquilaria tree.”

Of different types of Aquilaria, Aquilaria crassna can produce the most and best resin. “A major concern, though, is that the naturally-grown Aquilaria resources are shrinking,” said Vinh. “So we have been growing the trees artificially across the country.” Under the project, 950 Aquilaria trees have been planted in the central province of Quang Nam and 4,000 and 2,500 in the Mekong Delta provinces of An Giang and Kien Giang respectively. “We have also been growing the trees on different scales in other places including Binh Dinh, Ha Tinh and the central highlands,” said Vinh.

The project's ultimate purpose is to produce Aquilaria oil using supercritical fluid carbon dioxide oil extraction techniques for domestic consumption as well as export. Aquilaria oil production in Vietnam is still mostly done by hand and scattered across the country, Vinh said, though the country has garnered US$10 million to $15 million in Aquilaria annual exports.

The Vietnam Chemical Technology Institute and the HCMC Department of Science and Technology are now working on equipment to ensure large-scale and efficient production of the oil. “To put it simply, under this technology, Aquilaria wood goes through various processing phases including grinding, purification, and extraction,” said Vinh.

Once in place, the equipment and technology will be available to any business interested in Aquilaria oil production.

The project promises great returns, Vinh added. “Eleven years of growing 1,000 Aquilaria trees on a hectare of land would cost a total amount of VND151 million. The market price of an 11-year-old Aquilaria tree is now VND4 million, which means VND4 billion in revenues from sales. No need to worry about demand either since it will only be rising.