Berfungsi sebagai satu rangkaian utama untuk perkembangan Industri Gaharu di Malaysia, di mana kami berusaha untuk memastikan bahawa perusahaan penanaman dan perladangan pokok Gaharu dijalankan secara sistematik dan seterusnya menyumbangkan faedah yang tinggi kepada ekonomi tempatan dan negara.
QIAS AQUILARIA sebuah organisasi yang mempunyai kredibiliti dan kemahiran dalam bidang pembekalan anak pokok Gaharu jenis Aquilaria Subintegra dari Cambodia dan pengurusan pokok gaharu dalam sistem perladangan. Kami sedang berkembang pesat ke arah sebuah Organisasi yang mempunyai jaringan yang luas di peringkat nasional dan Asia Barat serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengembangkan kaedah penanaman Gaharu dengan menggunakan Innovasi dan teknologi berasaskan maklumat Bioteknologi yang terkini.
Matlamat utama QIAS dalam aktiviti Pembangunan Perniagaan :
:1:Meningkatkan taraf ekonomi petani/peserta.
:2:Meningkatkan kesedaran dan memelihara pokok gaharu yang semakin pupus.
:3:Mempromosikan "skim Usahawan Tani"Kementerian Pertanian Malaysia.
Wawasan QIAS AQUILARIA :-
Menaikkan taraf kesedaran tentang Gaharu sebagai komoditi yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi dan meningkatkan taraf perdagangan Gaharu di Malaysia sambil memajukan industri Gaharu bagi memenuhi permintaan tinggi di peringkat global
Memandangkan permintaan terhadap Gaharu yang berkualiti tinggi sentiasa melebihi pasaran,QIAS AQUILARIA berazam untuk meningkatkan perdagangan gaharu yang kondusif, melalui penghasilan anak pokok gaharu yang berkualiti tinggi, pengurusan perladangan gaharu yang bersistematik dan kaedah penghasilan teras gaharu dengan menggunakan teknik moden.
Prospek Pelaburan
Gaharu mempunyai prospek yang tinggi dalam nilai ekonomi negara dan antarabangsa. Melalui kepakaran kami dalam bidang penanaman gaharu yang sistematik secara perladangan, para usahawan akan dapat menuai hasil teras gaharu "Emas Hitam" dalam masa 5-7 tahun! Pada permulaannya, apa yang anda perlukan adalah menanam 1000 pokok Gaharu jenis Aquilaria Subintegra di tanah yang berukuran seluas 1 ekar.
" Emas beraroma daripada hutan "
Tiada bau-bauan aroma lain yang dapat menandingi kehebatan bau damar gaharu yang wangi dan menyenangkan. Selain untuk upacara keagamaan, Gaharu juga mempunyai banyak kegunaan lain seperti perabot khas yang diukir, aromatherapi dan bahan mandian Spa, minyak wangi bermutu tinggi, minyak urut berasaskan gaharu, colok dan dijadikan bahan-bahan yang mempunyai nilai perubatan (seperti salap) dan upacara keagamaan (seperti tasbih).
Damar (Resin) Gaharu di hutan semulajadi hanya terhasil pada pokok yang dijangkiti fungus. Amalan penebangan secara berleluasa telah menyebabkan tumbuhan pokok Aquilaria semakin berkurangan dan diancam oleh kepupusan.
Perdagangan Gaharu di peringkat antarabangsa telah mencatatkan jumlah dagangan sebanyak RM19.84billion setahun!
Setakat ini, kadar pengeluaran damar Gaharu sedunia hanya memenuhi 35 peratus permintaan sedunia, ini telah menimbulkan peluang ekonomi yang besar kepada negara terkemuka yang menjadikan Gaharu sebagai bahan eksport seperti Malaysia dan negara Asean yang lain seperti Indonesia, Thailand, Laos dan Vietnam. Dengan hanya mengeksport kayu Gaharu sejumlah 200,000kg setahun kepada Timur Tengah, India, Singapura, Taiwan, France dan Jepun, Malaysia telah mendapat pulangan ekonomi yang bernilai sebanyak RM3 billion.
Perlu diingatkan di sini bahawa Damar Gaharu yang bermutu tinggi boleh mencapai nilai dagangan sehinggaUSD2000 / kg.
Sementara itu, minyak gaharu yang berkualiti tinggi memberikan kadar pasaran sebanyak RM25,000 untuk 1 liter, dan telah menyumbangkan sebanyak RM4 juta kepada ekonomi di Malaysia. Menurut Malaysian Timber Industry Board, sejumlah besar daripada minyak Gaharu buatan Malaysia iaitu sebanyak 170 liter telah di eksport ke Emiriah Arab Bersatu ( UAE).
Walau bagaimanapun, harga minyak gaharu yang bermutu tinggi boleh mencecah nilai sebanyak USD50,000 hingga USD80,000.Telah dianggarkan bahawa sebanyak 100 kg sehingga 150 kg damar Gaharu diperlukan untuk menghasilkan 1 liter minyak Gaharu yang bermutu tinggi.
Seluas 700ha tanah telah diusahakan dengan penanaman Gaharu di seluruh Malaysia oleh Jabatan Perhutanan Malaysia dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk tujuan kajian dan penyelidikan, dan juga pihak persendirian untuk tujuan eksport.
Pokok Gaharu yang berumur lima hingga tujuh tahun akan melalui proses innokulasi untuk menghasilkan damar gaharu. Proses innokulasi ini mengambil masa selama 8 bulan hingga setahun untuk menghasilkan teras Gaharu yang bermutu tinggi.
Sejarah
Gaharu, telah menjadi sebahagian daripada perkara penting dalam Pelbagai upacara keagamaan.
Cabaran
Setiap Gaharu mempunyai identiti yang unik dan tersendiri. Oleh itu, cabaran utama dalam memastikan pertanian Gaharu secara perladangan sistematik untuk Pelaburan Komersil adalah untuk menghasilkan Gaharu yang berkualiti tinggi dan grade Gaharu yang bersesuaian dan dikehendaki mengikut jumlah yang menepati sasaran.
Perkembangan semasa
Pertanian Gaharu secara perladangan telah terbukti amat berjaya dan berkesan di India, Laos, Vietnam dan Thailand. Ini telah menimbulkan inspirasi dan minat pihak pemilik tanah persendirian di Malaysia untuk mengembangkan pengusahaan pertanian Gaharu secara perladangan yang bersistematik. Seluas 2400ha tanah di Sabah,1400ha di Kelantan dan 800ha di Selangor telah dikenalpasti dan dirancang untuk pertanian Gaharu.
Aquilaria
- Pokok spesies Aquilaria mempunyai anatomi yang luar biasa dan kandungan sel tumbuhan yang khusus di dalam Xylem yang bertindak untuk menghasilkan " Damar " (Resin).
- " Damar " yang terhasil secara mendadak dan dramatik akan menigkatkan berat dan ketumpatan kayu Gaharu yang terlibat.
-
" Damar " mengandungi terpenes aromatic dan spesifikasi kimia lain yang menyumbangkan kepada bau aroma Gaharu yang unik.
-
Kandungan yang terdapat dalam gaharu merupakan komponen-komponen yang terdiri daripada sesquiterpenes, sesquiter-pene alkohol, kompaun oxygeneted dan chromone. Selain itu, ia juga terdiri daripada komponen-komponen agarospiral, jinkohol-eramol, jinkool yang menghasilkan aroma/bau-bauan yang sangat wangi tanpa tambahan alkohol.
- Daripada 18 spesies keluarga thymelaeaceae taxonomy, hanya 8 spesies sahaja yang telah dikenalpasti menghasilkan " Damar " (Resin) iaitu agar, gaharu.
- Damar yang berkualiti tinggi terhasil daripada tindakbalas semulajadi pokok terhadap serangan fungi. Pembentukan " Damar " berlaku di teras dan akar pokok Aquilaria. Warna kayu yang menghasilkan Gaharu akan berubah daripada warna coklat pudar kepada warna coklat dan/atau hitam yang gelap.
- Pokok Aquilaria menghasilkan kadar " Damar " yang tinggi di kawasan tanah yang mengandungi komposisi organik yang mudah meruap dimana komposisi tanah itu membantu dalam menumpaskan dan/atau melambatkan pertumbuhan fungus.
- Kaedah pertanian moden melibatkan rawatan mekanikal dan teknik peransang damar. Kaedah ini terbukti dapat menghasilkan jumlah " Damar " yang banyak terhadap pokok Gaharu yang masih muda.
Rawatan Mekanikal
- Kaedah rawatan mekanikal melalui proses penebukan lubang secara bersistematik adalah bertujuan untuk "mencederakan" pokok Aquilaria, Pada masa yang sama rawatan yang khas diberikan kepada pokok Aquilaria untuk meningkatkan keupayaan tindak balas semulajadi pokok bagi menghasilkan " Damar Gaharu ".
Teknik Peransang Damar
- Di dalam hutan semulajadi di Malaysia, hanya 7% pokok Gaharu yang dijangkiti Fungus ( endotrophic mycorrhizal fungi )menghasilkan damar.
- Di dalam kaedah pertanian Gaharu secara moden, selepas berumur 5 tahun, pokok Aquilaria akan melalui proses teknik peransang damar dimana serum ERIBS yang disuntik kepada pokok Gaharu akan menghasilkan enzim sel yang bertindak untuk memecahkan sel-sel yang berada di kawasan sel Xylem pokok. Tujuan teknik peransang damar ini adalah untuk menaikkan kadar pertahanan semulajadi pokok Gaharu terhadap ancaman serangan luar sambil menghasilkan damar.
- Kawasan pertanian Gaharu mestilah mempunyai kadar kelembapan yang tinggi supaya proses peransang damar boleh berjalan dengan lancar.
Sistem Gred Gaharu
Di dalam bancian "Persidangan Gaharu Sedunia" yang julung kali diadakan di Vietnam pada tahun 2004,Terdapat 16 spesies Gaharu yang telah dikenalpasti mempunyai nilai komersil yang tinggi. Berikut adalah senarai gaharu mengikut sistem grade yang telah dipersetujui dalam persidangan gaharu tersebut.
- Aquilaria Subintegra - Thailand
- Aquilaria Crassna - Thailand, Cambodia
- Aquilaria Malacensis - Thailand,Malaysia,India
- Aquilaria Apiculata - Philippines
- Aquilaria Baillonil - Thailand, Cambodia
- Aquilaria Baneonsis - Vietnam
- Aquilaria Beccarian - Indonesia
- Aquilaria Brachyantha - Malaysia
- Aquilaria Cumingiana - Indonesia, Malaysia
- Aquilaria Filaria - Papua New Guinea, China
- Aquilaria Grandiflora - China
- Aquilaria Hilata - Indonesia, Malaysia
- Aquilaria Khasiana - India
- Aquilaria Microcapa - Indonesia, Malaysia
- Aquilaria Rostrata - Malaysia
- Aquilaria Sinensis - China
Aquilaria Subintegra telah dikenalpasti sebagai satu-satunya spesis gaharu yang menghasilkan damar Gaharu yang berkualiti tinggi. Pokok Gaharu jenis Aquilaria Subintegra telah dikenalpasti menghasilkan Super Grade agar resin, hasil minyak yang banyak dan bau wangi yang menyenangkan.
Damar yang dihasilkan oleh pokok Gaharu kini digredkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan gred Super A, A, B, C serta D, dan harga Super A dijual antara RM15,000 dan RM20,000 sekilogram di pasaran antarabangsa.
Pembangunan Perniagaan Gaharu
- Skala Kecil = Penanaman secara kecil-kecilan dan pengintegrasian terhadap keluasan tanah yang kecil / kebun kecil / Tanah milik persendirian yang diusahakan oleh peserta dan petani.
- Skala Besar/Komersil = Agensi kerajaan, Syarikat Swasta / Usahasama dengan QIAS.
- Dibawah program Pembangunan Perniagaan Gaharu, QIAS akan membekalkan anak pokok Gaharu jenis Aquilaria Subintegra dan baja Bio-Organic ,selepas itu kami akan melakukan teknik suntik peransang damar terhadap pokok gaharu yang berusia 4-5 tahun.
* tertakluk pada terma dan syarat.
Pengurusan Penanaman Gaharu
Kaedah teknik pertanian Gaharu yang boleh dipraktikkan seperti;
- Integrasi dengan tanaman herba seperti serai wangi dan misai kucing.
- Pokok Gaharu boleh ditanam melalui Program penanaman semula pokok atau penanaman bertempat di Hutan Simpan tanpa merubah kawasan tanah semulajadi.
- Proses penanaman pokok Gaharu di dalam sistem hutan tempatan yang terkawal (lereng bukit yang curam).
- Menggunakan kaedah yang diguna pakai oleh QIAS, iaitu teknik penanaman Gaharu secara Bioteknologidi mana pokok Gaharu akan melalui proses rawatan mekanikal dan teknik peransang damar secara sistematik.
- Menggunakan kaedah QIAS, iaitu Pengurusan Penanaman Gaharu di mana aspek mutu dalam penilaian, penghasilan dan pen"gred"an Gaharu diberikan perhatian yang khusus..
Tapak Semaian pokok Aquilaria
Demi untuk meningkatkan taraf dan menjamin bekalan benih tanaman Aquilaria dalam kuantiti yang besar dan berkekalan serta benih Gaharu yang berdaya maju dan terjamin mutunya :
- QIAS menyemai biji benih Aquilaria Subintegra yang bermutu tinggi.
- QIAS membekalkan anak pokok gaharu jenis Aquilaria Subintegra secara berskala besar.
Pengurusan Pertanian Gaharu
Faktor-faktor yang mempengaruhi mutu Gaharu
- Plot Tanah : Pokok Gaharu sesuai ditanam di antara kawasan tanah rendah hingga ke kawasan tanah tinggi yang curam pada ketinggian 0-750m dari paras laut.
- Kadar hujan : Pokok Gaharu berkualiti tinggi terdapat di kawasan tanah yang menerima taburan hujan yang lebih daripada 2000mm setahun.
- Iklim persekitaran : Pokok Aquilaria yang menghasilkan Gaharu bermutu tinggi tumbuh di kawasan yang mempunyai suhu persekitaran yang rendah dan mempunyai kadar kelembapan yang tinggi, (24ºC -32ºC ) disamping hanya menerima 70% kadar sinaran matahari.
- Spesifikasi tanah : Pokok Aquilaria menghasilkan Gaharu yang bermutu tinggi apabila ditanam atas tanah jenis lembut, liat dan berpasir dengan PH tanah antara 4 hingga 6.
Teknik pertanian Moden
- Rawatan Mekanikalmelalui teknik penebukan lubang secara bersistematik.
- Teknik Peransang Damar, dimana Gaharu yang bermutu tinggi terhasil apabila pokok Aquilaria disuntik dengan serum istimewa yang dikenali sebagai Effective Resin Inducement Biotechnology Serum (ERIBS).
Rawatan Mekanikal
Teknik penebukan lubangbersistematik
- Pokok Aquilaria berusia 5 tahun yang diurus dengan baik boleh membesar dengan ketinggian kira-kira 30 kaki dan mempunyai ukur lilit 25 inci.
- Secara purata, lebih kurang 500 lubang akan ditebuk dengan menggunakan mesin drill kuasa eletrik pada pokok Aquilaria yang berumur 5 tahun dengan spesifikasi lubang sedalam 5 inci (bergantung kepada diameter pokok) dan jarak pemisahan diantara lubang-lubang adalah 4x4 inci.
- Setiap lubang akan ditebuk secara condong keatas ( lebih kurang 15 darjah ) dengan bertujuan untuk mengekalkan dan memelihara faktor kelembapan.
Teknik Peransang Damar/Inducement
- Serum ERIBS akan disuntik kedalam lubang yang ditebuk. Teknik ini akan mempercepatkan sistem pertahanan semulajadi pokok Aquilaria, oleh itu, proses pembentukan damar Gaharu akan berjalan dengan lancar.
-
Kebanyakan pengusaha penanaman Gaharu memilih kaedah Effective Resin Inducement Biotechnology Serum kerana serum ini lebih terbukti dan berkesan jika dibandingkan dengan teknik lain yang berada di pasaran. Ini adalah kerana lebih banyak kuantiti damar Gaharu telah dapat dihasilkan dalam tempoh yang singkat dengan menggunakan kos yang lebih rendah.
- Di dalam persekitaran hutan semulajadi, hanya pokok Aquilaria yang berusia 20-40 tahun yang dapat menghasilkan damar gaharu kerana tindak balas pokok Aquilaria terhadap kecederaan yang dialami oleh pokok dan tindak balas sistem pertahanan pokok terhadap jangkitan fungus hutan iaitu "forest endotrophic mycorrhizal fungi".
- Proses pembentukan damar Gaharu akan terhasil dalam masa 8 bulan keatas setelah disuntik dengan Effective Resin Inducement Biotechnology Serum (ERIBS).
- Case study; Teknik perangsang damar yang dijalankan keatas pokok Aquilaria Subintegra berusia 7 tahun di Thailand telah menghasilkan damar Gaharu bermutu tinggi yang mencapai harga RM20,000 / kg.
Anak pokok Gaharu jenis Aquilaria Subintegra
Slide 1 ANALISA HASIL DARI PELABURAN DENGAN QIAS AQUILARIA
| Bil | Harga Belian (RM) | Harga Jualan (RM)** | Keuntungan (RM) |
| 1. | 5,000 | 30,000 | 25,000 |
| 2. | 10,000 | 60,000 | 50,000 |
| 3. | 15,000 | 90,000 | 75,000 |
| 4. | 20,000 | 120,000 | 100,000 |
| 5. | 25,000 | 150,000 | 125,000 |
Pelabur memperolehi keuntungan sehingga 500% pada tahun ke-5, iaitu purata melebihi 100% setahun. Pulangan pelaburan mengikut lot yang dibeli adalah seperti di Jadual
diatas…..
Produk kami
-Anak pokok gaharu jenis Aquilaria Subintegra dengan ketinggian diantara 2 hingga 4 kaki. Hubungi kami untuk mendapatkan sebutharga.
Northern Region : Halim Kasa 0124856696 Abd Hadi 0192582275 Khaiyazi 0194729591 Nan 0124260572 Anuar 0134567555
Kuala Lumpur : Ust.Latif 0194224296 Ust.Omar 0123972030
- Baja BioActive Microbes untuk mempercepatkan pertumbuhan pokok Gaharu.
- Effective Resin Inducement Biotechnology Serum (inoculum untuk menghasilkan Damar Gaharu yang bermutu tinggi).
Perkhidmatan Kami
Qias Aquilaria akan mengadakan seminar Gaharu, antara topik yang akan dibincangkan ialah penanaman pokok Gaharu jenis Aquilaria Subintegra, sistem piawaian gred gaharu dan kaedah untuk mendapatkan hasil Damar Gaharu yang bermutu tinggi kepada peserta yang berdaftar dan menjadi ahli dengan Program Pembangunan Perniagaan QIAS AQUILARIA SDN BHD.















No comments:
Post a Comment